Pages

Friday, January 27, 2012

Menghitung hari ke SESTA...

Assalamualaikum :)



woahh..such a busy week!! busy kenapa yea?? uhm.uhm..alkisah,  Hari Jumaat yang lalu bertarikh 20 Januari 2012, result SBP dan MRSM di umumkan rite.  Awal pagi lagi , my mom kejut aku.. Eh dah lambat ke ni. tgk jam. eh , awal lagi.. menggeliat sana. menggeliat sini. mama ingat nak bangun , last aku tarik selimut tutup muka. hoho. "Adik , bgun"..."hmm, yea..yea.." *masihtakbgun.then, mama kata ada good news.. cepat-cepat aku bangun..bia bebeno result keluar awal pagi nih? Aku turun pergi bilik komputer , tengok babah senyum...Dengan muka baru bangun tidur , mata pun tak celik sangat tgk skrin komputer.. "apa ni..tak nampak" *gosok2 mata. MARA punya result keluar pukul 10 pagi. tak dapatlah den nak menengoknya. pergi sekolah kan. then , ayah aku pun pergi kat tab lagi satu..jeng..jeng.jeng.."TAHNIAH ADIK!!" *walaupun adik dah berderet kat bawah still dipnggil adik. hihi.Ouh..aku dapat SBP..Alhamdulillah.. macam takde perasaan sikit pada awalnya..baru bangun kan..mamai lagi.. aku tengoklah sekolah mana aku dapat ni...dekatkan mata kat skrin...makk aiiii..



terbuntang terus mata aku.. Tapah? Perak? eden minta kat selangor, dapat kat Perak... muka aku dah berkerut *takbersyukrpunyabudak.hihi. aku pandang muka parent aku.. senyum..happy... teruja.. eh, siapa yang nak pergi sekolah sebenarnya ni? rene ke parent? haha. aku diam. Perak..huhh..jauh tuh..boleh ke..hmm, tengok muka parent aku jap.. takpelah, jauh pun jauhlah.. baik bagi diorg , baik juga bagi aku. lagipun untuk 2 tahun je.. A'ah.. 2 TAHUN JE RENE!!!


 Aku mengambil aliran sains tulen. kenapa? sbb nak jadi doktor?? Arina Insyirah? jadi doktor?? haha.LOL.  taklah.. tak sesuailah aku jadi doktor or sekutunya..kenapa? hmm, tak minat kod. tengok darah+organ pun aku dh..errr.. tak sangguplah saya.!! Kenapa ambil sains tulen. sebab ...nanti kita akan ada banyak pilihan time U.. boleh ambil apa je time U except for akaun.betul tak? correct me if I'm wrong. ^_^


apa yang paling aku tak sangka.. aku dapat pemilihan yang pertama la. *first batch*. ya Allah syukurnya..baru terfikir.. Mula tuh , aku ingat aku sorang je dapat kat Tapah ni.. memandangkan aku seorang je perempuan dalam kelas yang dapat SBP... nasib tak.. ada dua kawan lelaki  dapat, seorang tuh dia pilih untuk pergi MRSM , sorang lagi pergi Tapah! yeayy! ada friend! His name is Fakarullah.. okeylah tuhh..at least ada sorang yang aku kenal. hmm. aku dapat surat tawaran yang real+buku tawaran ni lewat sikit.. so , macam2 lah yang kena di uruskan..thats why I'm busy..sorry bloggie ;') Part yg paling seronok beli barang keperluan!!! *ayah aku cakap " memanglah seronok dah semuanya free"..hohoho..that is the best part.. "everything is for free"

sebhagian barang keperluan

Pink , Purple , Red , Blue.. suka tengok..hampir semua warna fav aku.. thanks mom and dad.. aku akan pastikan "barang free" ni akan di bayar balik suatu hari nanti. bayaran yang boleh membanggakan my parent. InsyaAllah..Amin.. Auwh..I just love u guys so much.. nak nangis pulak .terharu tengok pengorbanan diorg. ;') kasut sukan aku suka sekali.. warna fluorescent green! menyerlah youu! ingat nak pilih warna pink , soft sangatlah pulak. pink yang terang , striking sgtlah pulak hee. >_< last2 ambil warna hijau ni.. dari jauh boleh kenal. eh. kasut aku tuh.. hahhaa. part yang agk pilu sikit, beli baju sekolah.. Aku nak jenama F ni coz kualiti dia bagus. tapi kedai ni tak bukak2.. cuti raya cina kan.. 4 hari , dengan setianya aku tunggu kedai ni bukak.. hampanya. at least dia boleh tinggalkan notislah. contohnya, "kami akan kembali pada bape2 haribulan".; hargailah sikit pelanggan.. can't wait for long , kena beli gak jenis yang lain coz byk lagi yang kena di uruskan..

Menghitung hari ke SMS Tapah , Perak or SESTA, *sekolah baru tuh..cantikk.hihi. selasa ni hari pendaftaran.. lepas ni jarang updatelah nampaknya. kenalah sesuaikan diri dengan dunia , persekitaran baru.. bila fikir2 balik termakbul jugak doa aku nak melakukan penghijrahan . syukur Alhamdulillah . :)


p/s : panjang pulak entry hari ni.. sesiapa yang dapat ke SESTA jugak , mehla kenal dengan kita.. hee. :)





Saturday, January 14, 2012

Maksud di sebalik nama ...

 Assalamualaikum.


Haii.. nama saya Arina Insyirah Aris Fazil *seperti yang dilihat kat banner atas tuhh yang besar sgt5 tuh.. cuma part nama bos besar takdela.tak muat.hihi

Arina ialah gabungan nama babah dan mama saya. Insyirah pula diambil daripada surah al-Insyirah yang di baca oleh mama saya ketika sedang bertarung nyawa untuk melahirkan saya yang tembam nih:) *tembam ker? LOL. As for Rene pulak.. nama ni wujud sejak form1. tengok cerita apa entah. suka ejaan, tapi still ada maksudnya. (Rene di sebut mcm Rin jugak cuma ejaan je berlainan).

 I still keep it:)


Ini maksud nama saya!
Arina (nama Arab, Timur Tengah, Arabic, Arabia) yang bermaksud Kecergasan, giat. 
Insyirah (nama Arab, Timur Tengah, Arabic, Arabia) yang bermaksud kelegaan , kelapangan. 
Rene (Perancis, France, French) yang bermaksud Untuk dilahirkan kembali *kinda freaky dia punya maksud.seriously meant it. harap takdelah bertindan dengan maksud arab yang kurang baik. InsyaAllah.

Nama itu doa.. bila org sekitar kita memanggil kita, secara tak langsung itu satu doa buat diri kita.. Setiap nama manusia pasti ada maksud yang baik di sebaliknya. Nama aku tak panjang 2 perkataan je.Terima kasih mama dan babah beri saya nama yang cantik + satu dalam seribu nih.huehueheu. Menurut satu info ni..ada 14 panduan yang perlu dititikberatkan sebelum menamakan anak. *idon'thavechildyetmarriedponbelumokey* hihi. ;) zaman sekarang ni semua nama cantik2 kan.. include nama kakak2, abg2 , adik2 yang baca entry ni jugak! :).. Harap maksud nama2 ni dapat mempengaruhi tuan empunya badan jugak:) InsyaAllah..Amin. So , apa maksud nama anda.? :)

p/s : woahh.. bersaya-saya pulak kita ni .LOL.:) Jom buat duit :)






 

Peraduan Blog paling Cun!


Salam. haiii.. rene di tag dalam satu peraduan.oleh sis Kim dan Puteri. Peraduan blog paling cun!... Encik Bloggie saya ni cun ke? ahaks. Join sajala..di bawah ni hadiah2 yang yang disediakan utnuk para pemenang.

PEMENANG PERTAMA 
akan memenangi wang tunai berjumlah RM70.00 bersama Software blog template maker dan juga Html 
WEB editor
PEMENANG KEDUA
akan memenangi wang tunai berjumlah RM50.00 dan juga Software Blogger Template Maker.


PEMENANG KETIGA
akan memenangi wang tunai berjumlah RM30.00
Lumayan kan? Nak join ? klik sajaa kat Peraduan blog paling cun di atas :)
 Rene tag kamu!




Friday, January 13, 2012

You're The Inspiration...



You're the meaning in my life
you're the inspiration.
You bring feeling to my life
you're the inspiration.
Wanna have you near me
I wanna have you hear me sayin':
No one needs you more than I need you.   


It's a song lyric actually.. bukan saya yang buat taw! A senior gave it to me last year. Suka sangat dengan lirik ni. so, touched. ;') For ALL the people that I LOVE including YOU!

Owh, sekolah!

Assalamualaikum.


haiii..lately ni memang dah tak boleh aktif berblogging sangat. dah start sekolah kan. First day school , memang penat sangat5 dengan cuaca yang panas lagi..huhh..bahang betul. I'm in 4 Science 1. Rasa pelik sangat bila dah form 4 ni. macam tak percaya je kita..sebab perangai still kebudakan lagi. haha. Hari mengambil buku teks lagilah. 25 buku aku kena angkat sekali gus. Kelas jauh.. memang terasa lah bebannya. Time tu pulak takde orang yang bersikap "saling membantu+gentlemen" LOL :p Nasib akulah hari tuh. lenguh tangan dibuatnya.First class lagilah, Kelas Fizik. betapa BLURnya aku. Nasib dapat jawab soalan tentang temperature kalau tak segan je dibuatnya.

Paling aku tak percaya. walaupun baru beberapa hari sekolah Aku ada kerja sekolah yang menggunung, . woww.. unbelievable! yeah , form3 dan form4 sangatlah berbeza! pernah jugak aku terfikir macam nelah senior kelas sains sebelum ni boleh lalui..tapi kalau mereka boleh mesti aku boleh kan? huehue. belajar punya pasalkan , bersusah dahulu , bersenang kemudian. It always gonna be alright.! SBP dan MRSM akan diumumkan tak lama lagi. hopefully aku dapatlah.. amin.. hmm, belum hari lahir aku lagi , aku dah dapat Hadiah,. hehe. daripada pihak sekolah, Pn Amalina , Azira Azman dan Sis Ummi Aqilah!Terima kasih , terima kasih , terima kasih dan terima kasih.! :) Sangat3 menghargainya:)


Anugerah Pintar Kesuma

Terima kasih kepada pihak SMK Bandar Tasik Kesuma sebab bagi badge ni kat saya. Penghargaan yang agak besarlah.. Seganlah kita.."Anugerah Pintar..." Kita biasa2 jela..huehuehue. :) Memang selalu nak pakai tapi kadang2 terlupA. maklumlah , kita ni dah 16. LOL.



farewell gift from Azira :) *kacaulah tarikh kat pic ni. ish >_<.hee. hmm, time dia bagi nih , I'm kinda blur la.. aku ingat ada orang bagi dia. Part paling errr..taktahu nak cakap macam ne, bila dia bagi aku tuh , aku terus bukak.. curious nak tahu isinya *time tuh tak tahu tu aku punya gift. dengan kotak pink yang comel nih memang wat aku terujalah. Dia terkejutlah dengan tindakan "selamba" aku dan boleh aku tanya dia , "Apa ni?" "Apa ni?"... kelakar jugaklah, aku ni pon satu ..pakai sambar je..

tadaaaa...


like jewelery huh tapi ni hand phone key chain ... rasa nak simpan je dalam kotak ni. sesuai sangat ! PINK pulak tuh!! sukanya kita!! serius terharu!
I really love all the gifts so much! small thing but Big meaning to me:) Thank You ,  :)




p/s : pimples problem really disturbing *sigh*. Jom JOIN!!!


Tuesday, January 3, 2012

Take care sweetie =)

Assalamualaikum.

woah.. I'm so glad that my brother is going to a boarding school, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. It was a big surprise actually when he got straight A's in UPSR. Well done , dear :) Finally, he got to out from the house * huehuehue and hope he learn to be an independent , responsible and useful person one day. InsyaAllah. Take care of yourself there. Jangan nakal2. If you do , I will smack down you when you return. *seriously* but kinda jealous la.  dia dapat keluar paper. saya tak dapat pun.. huhu.


As for me pulak? ke manalah arah tujuan lepas ni.. tawaran ke teknik dah keluar. ramai kawan aku dapat Teknik KL *sekolah lama abg aku.hee. congrates Aisyah , Arena , Maisarah and Syamil *yang aku tahu buat masa ni :)semua dah menuju ke arah destinasi masing2. Wish you guys all the best and may succeed . Aminn :)


Monday, January 2, 2012

That night...

Assalamualaikum.

-google-


semalam bulan cantik sangat. Macam senyuman bagi rene but Azira kata macam tembikai. okey , dia tengah lapar ke? haha. tu pendapat dia la. hmm. tak bestlah kan menikmati keindahan waktu malam tuh sorang2 . so, I text some person. 

Hey. Look at the moon . sangat5 cantik. Its smiling. - my message

beberapa ketika lepas tuh , dia reply.

ouh - anonymous 

Ouh? I expected a respond more than "OUH" .. arr.. geramnya saya >_< okey2 tenang. papejela kan. asal awak bahagia di sana :3

That night also , my sister tak boleh tidur. she keep me awake until 3 in the morning. sangat5 letih, mengantuk dan geram also. grrr. >_<..luckily you're my only sister I have, sheila. so , mengalah jelah. sabar je ..lama2 mesti dia tertidur punyalah. layanlah novel utk seketika but  she still awake!! segar lagi! Nasib baik bukan waktu sekolah so aku bolehla berjaga lewat kalau waktu sekolah mahu aku meletus macam gunung berapi. yelah. student kan mana dok diam. jadual padat. ke hulu ke hilir. mestilah kena ada rehat yang secukupnya. Around 2:30 , eden dah give up. tak dapet dah nak meneman ekau ni. aku try pujuk dia suruh tidur. then she said " akak tidurlah kejap lg sheila tidur".. ouh sis.. bukan semudah itulah. what ever happen I won't sleep before u. hish. kalau tak dari awal dah aku buat macam tuh. then , aku kata nak tutup lampu supaya senang tidur.. macam biasa budak. she's afraid of the dark. I said. "Mesti kena tutup". Then, dia tutup semua badan dengan selimut. tanda protes la konnnya. Ouh, adik. fahamilah your sis ni. I'm so exhausted... After a while, Iskandar ( my other brother) masuk bilik then accompany her. Alhamdulillah, tidur jugak akhirnya budak nih.Kesan kepada aku , kelesuan badan+mata panda+emosi tak stabil. Sleeping alone is much better. >_< depend on person jugaklah. Papepon, get enough rest or you will end up like me. hee. :)