Pages

Saturday, July 21, 2012

kacaknya cikgu!

Asslamualaikum :)

semalam, pergi tgk wayang snow white and the huntsman. boleh pulak cik sheila marshmallow tuh tak bawa cardigan. terpaksalah rene bukak cardigan bagi kat dia. so , conclusionnya rene lah yang sejuk membeku dalam wayang tuh. adik2. hmm, sebelum wayang start, rene terjumpa satu event ni. event yang dihandlekan oleh kedai buku popular. best sgtlah coz rene mmg minat buku, so mcm heaven sekejaplah masuk dalam tuh. tgk ada sale.. 20%, 25%...boleh tahanlah kan. beberapa kali tawaf kat tempat novel tuh. nak cari novel yg sesuai. novel cinta jgn cakaplah..memang mmbanjiri pasaran sekarang ni. rene cari cerita enigma. cerita seram. tapi tak jumpa.sayang sekali. another round , tetiba jumpa satu novel ni..cute sgt!


besar dah tuh tajuk dia but still rene nak taip jugak! KACAKNYA CIKGU.  well, it remind me of someone..dia baru dpt tahu dia dpt  jd cikgu.*congrates :) kelakar sangat cerita ni ., rene baca melalui sinopsis

Ainul, Nana dan Ida adalah remaja riang yang menuntut di tingkatan empat di SMK Taman Bukit Senyum. Mereka jaguh dalam apa sahaja aktiviti lazim remaja-remaja moden di sekolah. Jaguh bergosip, jaguh berdandan, jaguh mengumpat, jaguh membuat bising, jaguh berangan, dan jaguh menakal dengan kawan-kawan dan guru di sekolah.
Namun, kehadiran seorang guru praktikal, Cikgu Zack di sekolah itu menjadikan segala-galanya berubah. Aura cikgu Zack yang kuat ternyata membuatkan mereka bertiga mula memberikan perhatian terhadap guru muda itu. Cikgu Zack seorang guru yang kacak, bergaya, muda, bijak berkata-kata dan pandai mengambil hati pelajar-pelajarnya. Kebetulan, cikgu Zack telah diminta untuk menjadi guru kelas mereka iaitu kelas 4 Cendawan. Maka, segala-galanya berubah pada kadar dua kelip mata.sambungan sinopsis


sebagai seorang student , memang rasa geli hati jugaklah coz kadang-kadang perkara ni happens kat realiti.  dalam kalangan kawan-kawan kan.. ada jugak. kan? kan? angguk cepat kalau tak rene shoot kepala sorang2. heuheuehu :)







No comments: