Pages

Friday, August 24, 2012

Salam Syawal

Assalamualaikum :)


Selamat datang Syawal 2012! Hai :) Saya Arina Insyirah binti Aris Fazil  nak wish Selamat Hari Raya kepada semua . Rene memohon kemaafan  jika sekiranya  yang  rene lakukan selama ni menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Semua manusia di bumi Allah ini tidak lari daripada melakukan kesilapan tak terkecuali rene. Kalau bagi yang kenal dan tahu sikap rene, maybe akan faham setiap perbuatan rene.Rene memang seorang yg sangat manja , sensetif, ego dan agak keras kepala. Bagi yang baru kenal atau mengenali rene secara maya , janganlah judge rene melalui luaran saja dan tidak perlulah berprasangka buruk atau mendengar khabar angin semata-mata mengenai rene. Setiap manusia ada kelemahannya yang tersendiri. Rene minta maaf sangat5 dari hujung rambut sehingga hujung kaki andai kata tindak-tanduk rene selama ini sengaja atau secara tidak sengaja, menyakiti hati semua . Rene harap anda semua menerima kemaafan Rene . Sedangkan nabi ampunkan umatnya, Rene juga memaafkan kepada semua yang pernah melakukan kesilapan(takkisahlahdalambentukapa,cacian,umpatanorseumpamanya) terhadap rene.Perkara mcm ni pun tak elok simpan lama2 dalam hati kn.:)



p/s : short entry, seminggu still tak cukup!huhu. esok kena gerak kedah then trus balik perak. wait for me k. :)


Monday, August 6, 2012

Ramadhan - al-Quran

Assalamualaikum :)


Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia.


Firman Allah SWT ;



38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab

Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap.  Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat. Kita wajar mengamalkan pembacaan al-Quran walaupun sehari satu muka surat. seperti mana yang kita semua tahu kita akan dapat banyak manfaat jika kita mengamalkannya. Insyaallah.
Antara manfaatnya :

  • Dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
  • Dapat menjadi bahan renungan (muhasabah) disaat berbahagia maupun bersedih
  • Menjadi pengingat akan kebesaran Allah
  • Menjadi sebuah pedoman dalam menjalani kehidupan sehari-hari
  • Menjadi hujjah dalam ghazwul fikr saat ini
  • Menjadi amal salih
  • Sebagai motivator tersendiri





Tanda-tanda wakaf dalam al-Quran.


Selamat menyambut Nuzul Quran 17 Ramadhan, 1433 Hijrah buat semua muslimin & muslimat.
Semoga kita lebih menghayati Al-Quran dalam hidup kita.:)







Ramadhan - makan.

Assalamualaikum :)



hello peeps :) Alhamdulillah bersyukur sangat rene dapat berbuka puasa bersama family tersayang buat 3 hari nih. cuma sad sikit tak dapat nak berkunjung ke bazaar. I love bazaar so much. ada variety of food. fav spotlah. kalau tahun lepas , hampir tiap hari rene teman ayah pergi bazaar. tahun ni baru sekali, lepas ni tak tahulah..ada rezeki pergilah kan. hee:)


Lately ni banyak mengidam . kejap rasa nak makan cheese cake. nak KFC. nak makan kari.(okeyh tersangatlah tuntutan nafsu) dan family saya sangat awesome! rene dapat makan semua tuh before balik esok. ngehngehngeh. seronok kod. thankyouthankyouthankyou. semalam masa berbuka, mummy June (my aunt) tnya rene sahur kat sana macam mana. rene ceritalah rene tak rajin turun. bila tak rajin time tuhlah makan sedap2 dihidangkan. paling menyedihkan bila rene missed makan sahur nasi beriani.ya Allah..melepasss betull rezeki.pengajaran kat sini , rajin2lah turun bersahur yea, rene. :)


supper KFC with yaya.

dan mummy June kata muka rene semakin bulat. yeahhh, tepat sekali. berat memang dah naik, alhamdulillah tinggi pun menaik. I'm now 160 cm..wohoo...naik 4 cm kod.semakin hari semakin tembam. kat sana rene memang sepanjang masa mengunyah sbb tuntutan tenaga yang banyak dan nak elakkan mengantuk. kalau bukan bulan puasa , petang je beli wafer choco. bulan puasa ni, setiap supper makan mihun beli kat kantin.(hampir setiap hari, really5 love mihun ;)) satu bonus makanan kat kantin sedap2. tu rajin pergi, sampai makcik kantin tu pun dah kenal.bila rene datang je, yea Arina nak apa. haihh , segan pulakkn orang dah kenal kita.hehe..
muka tengah cuak nak exam..ya Allahhhh.

Mama rene suruh buat exercise turun naik tangga. hmm. tak payah buat exercise memang tiap hari pun turun naik tangga. yelah , nak tak nak memang rene kena naik tangga pun. bilik rene pun aras yang teratas, so almost everytime naik tangga tu pun hmmmmm...takde effect sgt...tambah alternatif , berjoging tiap petang time riadah. tu pun dah kena stop sebab injured kat kaki. bila lari je rasa mcm tulang pun lari sekali drpd kedudukannya. Hm.bukak sekolah ni terus exam. kepala semakin suka berdenyut. dalam hati dah ada 1001 emosi. takut terutamanya. doakan rene yea :) be back sebelum raya on 17 Ogos 2012. :)

Selamat berpuasa, semua :)



La Tahzan :)







Dates day

Assalamualaikum :)

 sesi penghantaran kurma:)





hai:) hari tuh english club sekolah rene ada jalankan satu event yang dinamakan "Dates day". Hari kurma ni dijalankan macam ni, setiap pelajar yang berminat boleh membeli sepaket/beberapa paket kurma dan kurma ni akan dikirimkan kepada sesiapa sahaja yang mereka nak. dan yang specialnya setiap paket kurma ni akan disertakan dengan maksud ayat al-Quran/hadis tapi dalam bahasa Inggeris kalau tak silap rene lah

dan Alhamdulillah, tak sangka rene dapat. sebab apa tak sangka? sebab rene tak sent pun kat orang.heuheue :3 bukan apa . rene asyik bertangguh je nak beli kurma ni, last2 lupa terusss. 3 unknown senders, seperti pic di atas nih, "hamba Allah". terima kasih yea. kesilapan ejaan nama di situ, not Areena laaa... hoho. I got one from my classmates, aiman. thankyou, aiman. so nice of you :) and another from famek. fikirlah jugak siapa lah famek ni. bila tnya orang..ouhh.. my senior. Ingat juga dia ni kat rene  ea. terharu lah kita :') maybe sebab sama rumah sukan , sama asal-usul. terimakasih.xiexie:)









Saturday, August 4, 2012

Ramadhan - Puasa

Assalamualaikum :)


hai.mulakan pagi anda dengan senyuman :) can't sleep today. maybe sebab dah tidur sepanjang perjalanan balik Tapah-KL. Waiting mama untk siapkan makanan sahur, few minutes kejap lagi kena tolong bonda tersayang. ni kali ke-5 kalau tak silap rene bangun untuk bersahur, selama ni memang jarang sahur coz sebelum tidur kalau kat hostel dh siap makan kenyang-kenyang.(agak bad habitlah) ..tak pun, bangun minum air masak then tidur balik.  Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ni rene harap sangat kita bersama-sama  mengejar nikmat dan ganjaran besar yang kita boleh dapat sepanjang berpuasa nih. Even though rene bukanlah pious mana pun but still tiada salahnya melakukan penghijrahan ke arah kebaikan itu kan? :)


Puasa orang awam 
hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.

Puasa orang khas
 cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

Puasa paling khas 
 menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.






Senyum







"SENYUM" ringan tidak bersuara tetapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tetapi, tidak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tidak perlu tenaga tetapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tetapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tetapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman agar semua orang di sekeliling kita juga turut tersenyum kerana kita.. 

Selamat bersahur semua :)