Pages

Monday, August 6, 2012

Ramadhan - al-Quran

Assalamualaikum :)


Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia.


Firman Allah SWT ;



38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab

Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap.  Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat. Kita wajar mengamalkan pembacaan al-Quran walaupun sehari satu muka surat. seperti mana yang kita semua tahu kita akan dapat banyak manfaat jika kita mengamalkannya. Insyaallah.
Antara manfaatnya :

  • Dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
  • Dapat menjadi bahan renungan (muhasabah) disaat berbahagia maupun bersedih
  • Menjadi pengingat akan kebesaran Allah
  • Menjadi sebuah pedoman dalam menjalani kehidupan sehari-hari
  • Menjadi hujjah dalam ghazwul fikr saat ini
  • Menjadi amal salih
  • Sebagai motivator tersendiri





Tanda-tanda wakaf dalam al-Quran.


Selamat menyambut Nuzul Quran 17 Ramadhan, 1433 Hijrah buat semua muslimin & muslimat.
Semoga kita lebih menghayati Al-Quran dalam hidup kita.:)







No comments: