Pages

Saturday, September 15, 2012

Presto night

Assalamualaikum :)


hai :) glad sgt dapat balik tp for certain reason rasa berat je nak tinggalkan sekolah td.huhu. hari ni rene balik naik bas tapi stop kat sungai buloh je. ayah tunggu kat situ. memang nak pergi KL Sentral tp terbawa lebih muatan pulak, so taknak membebankan diri nak menaiki anak tangga yang banyak di Masjid Jamek nanti terpaksalah rene pilih untuk stop di sg buloh. ada hikmahnya jugak, jimat duit drpd melantak kat rasamas kat KL sentral tuh.hoho. dhlah sebulan sekali dpt makan kat situ..huhu. banyak benda rene nak story nih. uhm uhm. 

alia-sis fatasya-rene-syaida

First at all , alhamdulillah. rene terpilih menjadi penolong ketua rumah presto untuk tahun 2012/2013. very suprising. ingat nak lari time temu duga coz i dislike that thing.hoho. tp tak jadi pulak temuduga tuh just berdasarkan ujian dan responden. It is a big step. banyak cabarannya. Alhamdulillah sokongan daripada orang2 yang tersayang buat rene jadi kuat untuk menggalas tanggungjawab nih. terima kasih kepada yang mengundi rene. terima kasih kepada cikgu2 yang merestui pelantikan ni dan mempercayai rene. Insyaallah rene akan buat yang terbaik. first official task given ialah menguruskan majlis jamuan hari raya. yeah. an event. first time uruskan event. agak gementar. luckily ikhwan and me can cooperate. ouh, ikhwan ialah ketua rene. the big boss. i'm the lady boss.huehuehue.



yang pakai baju kuning tulah ikhwan. orang kalau jumpa rene je mesti tanya susah tak kerja dengan ikhwan ni. rene faham nape org tnya. mybe of his static face. muka dia org tak tahu apa emosi dia time tuh. before korang judge dia lagi jauh meh sini rene citer. actually ikhwan or i called him "pakcik" secara senyap ( klu dia tahu, habislaa rene) tak bolehlah pnggil ikhwan. ramai sangat dalam hidup rene ni nama wan..nnt ada yang silap tafsir. okey, sambung! dia okey. sangat bertanggungjawab. boleh berkomunikasi. overall dia sangat okeylah. lagipun okeyla perangai ketua dgn penolong berbeza. ketua mcm tu. penolong mcm ni. kalau dua2 sikap gila2 pon payah jugak.




persiapan pada waktu petang.sebelum tuh,  rene call kawan rene. rene cakaplah rene kena uruskan event ni..bla bla..bla.. pastu dia pun balas... kau ni mcm kena uruskan wedding pulak..kad jemputanlah, makananlah, PA systemlah...bla..bla..bla....hamboi..sampai ke wedding.. banyaklah wedding dia.. mcm2 perangai kawan rene sorang nih. dugaan yg datang pada petang tu ialah ketiadaan bekalan elektrik. sangat mengejutkan.persembahan multimedia tak siap lg. boleh pulak time tuh takde elektrik. rasa mcm nak nangis je. then, redha jelah. pasrah . semua dh 80%ready. tawakal jelah. apa pun yg nak jadi. time semua dah balik tuh. rene pun pergi balik asrama then rasa still tak senang hati, datang balik dewan besar, duduk kat dalam dewan tuh dengan harapan kipas depan rene berpusing.. pastu rene pergi keluar tenangkan diri dengan tengok keadaan sekeliling.



time tuh semua pelajar tengah beriadah. rene ingat ikhwan pun beriadah sama sbb lelaki kan suka bersukan. waktu riadah nilah diorg pulun habis-habisan main. sgt shocking dia pun datang balik dewan dan kitorg just menanti keajaiban itu datang. bukan berdua k, bertemankan cikgu penasihat kiotrg sekali. sir. Izam. Susah hati rene time tuh.yela, makanan dah siap. jemputan dh dihantar. takkan nak batalkan pulak. alhamdulillah, pukul 6 macam tu, elektrik ada. rasa syukur sgt..and the ceremony begin....


 jamuan je raya, baju raya lupa nak bawa.hoho.pakai baju pergi prep je. baju dengan kasut je rene punya yang lain sponsor. hoho. terima aksih sponsor2 yang murah hati taja rene malam tuh.. ecehh ayat tak ley bla... athirah dan syafrafa pun coz dah jd M.U.A malam tuh.


kedatangan para guru

 ucapan. ouh.and the background siap dalam beberapa minit sebelum majlis start. thanks TND and khairil :)



meja yang senget nih sebenarnya untuk cikgu tp ada kekosongan jadi cikgu ajak bekas KR&PKR dan KR&PKR baru makan sekali kat meja tuh


tak sangkalah kan rene kena dok sini. fuhhh..segan wehhhhh... nak makan pun lalu tak lalu je sebab kena kawal majlis lagi.



bersama majlis tertinggi yang lain. malam tuh rene sedar. ramai pakai purple! boleh pulak jd tema yea.



bersama form 1 yang byk support rene. diorglah yea2 nak rene dapat jawatan nih. sebab apa? kak rene baikkk.. yelahh akak baik kn? pandai bodek budak2 nih. hoho. kalau korang okey, akak , pun okeylah tp kalau sebaliknya, bersiap sedialah dengan kemunculan singa. hueheuehu.


my presto senior. kebanyakkannya rene kenal since orientasi lagi. awal2 dulu masuk sekolah.. kwn2 rene puji hensemlah senior kau. amboii..tahu dak2 ni , kembang mereka. nak2, baju hitam tu haaa... hahha.. takdelah gurau je. tgk dalam blog pun rene boleh lagi cari pasal dgn adam.maaf2 ;)

 the prestorians :)


 selesai sudah majlis. berakhir dengan aktiviti mengemas dewan. last2 tu agak tak terkwal,. memang rene akui byk lagi kelemahan yg perlu dibaiki, dan event tu pun percubaan pertama rene. Insyaallah rene&ikhwan dan semua majlis tertinggi presto yg lain akn do the best for the next event.


penat sudahhh.. ouh. sebelah rene ni farah, dialah yang ambil gambar sepanjang majlis berlangsung. rene memang susah nak pegang kamera. tp rasanya bukan farah je, ramai lg kodd. coz kamera ni asyik bertukar tangan takut jugak kn. dhlah hadiah hari lahir rene. hilang meraung rene.huhu.okey, thats for today.panjang pulak entry hr ni. :)





















No comments: