Pages

Tuesday, March 26, 2013

KESUMA@KUSESS13 day3


25 Feb 2013
pagi-petang


 KETUA RAHMAN 3 ARIF FROM ASiS


hari ni aktiviti leadership outreach. kami dapat apa yang kami impikan iaitu bahagian sukaneka coz boleh pakai baju kesuma smpai ke petang. jimat baju aku,. leadership outreach kami di SK Kuala Selangor. pelajar sekolah yang terlibat dengan kami ialah kanak2 darjah 2. kecik2 je. pelbagai ragam. ada yang bertumbuk, bergaduh, kacau orang, menangis. sangat bising. merupakan cabaran besar bagi kami untuk mngawal situasi tersebut.


Alhamdulillah, semasa sukaneka dijalankan kanak2 tersebut dapat faham arahan yang diberi. Ada juga segelintir yang perlu diulang agar mereka faham secara menyeluruh. sukaneka berjalan dengan lancar walaupun hujan turun renyai. seorang pelajar berasa tidak sihat selepas bermain tiup tepung.maybe ada molekul tepung dah termasuk dalam rongga pernafasan dia. tindakan kami, dua fasilisator telah menjaganya. kumpulan Rahman 3 sgt sporting dan supportive. mereka memberi galakan dan semangat yang padu kepada kanak2 tersebut agar mereka lagi bersemangat untuk bermain.

 selepas itu, kami bergerak ke surau untuk aktiviti indoor (plan b sbb hujan lebat). pada mulanya, kami agak blank apa yg patut dilakukan. setelah berbincang dan membentangkan idea kami berfikir seperti kanak2, melakukan apa yang mereka mahu seperti mnyanyi, mngajar tepuk, cheers dan energizer. keadaan sangat riuh dan kami perlu mngawal keadaan tersebut dengan baik. kesabaran Rahman 3 mmbuktikan kekerasan tidak perlu dalam mngawal kanak2. salah seorang daripada kanak2 tahun 2 mnyatakan bahawa dia dilayan seperti budak2. seriously, aku tak faham definisi "budak2" bagi kanak2 tersebut. coz they're budak kan? lainlah macam kak rene. remaja youu..hoho.


lama-kelamaan mereka terasa lapar. penat bermain mestilah lapar. kami mnyatakan bahawa jika mereka senyap ganjaran yang diberikan ialah makanan tp perkara tu berkesan sekejap sahaja. mereka mnjadi agresif! kanak2 kan, suruh senyap tak sampai 5 saat bising balik.jadi kami sentiasa kena alert dengan mereka. aku kasihan kat Azhar sbb kena serang dgn kanak2. mereka ibarat monster kecik yang nak meruntuhkan bangunan gula2.. dalam kesian , aku gelak jugak kat azhar.HAHA.cruel me.bukan nak tolong. at last, i tolong jugak. aku buat benda yang dah lama aku nak buat. i said to them" bila akak cakap 'adik2 akakkkk" you guys kena jawab "yea, kakak sayanggg".. dan ia berkesan. sgt seronok mndgrnya. :D Abg Che ialah fav fasi mereka. Che disukai sbb perangai budak2 yg dia tnjuk..berkesan habislahh.. i thought dia form 4 masa awal2 kenal, nghupa-nghupanya form 5.sebaya der. Alhamdulillah, tugasan berjalan dengan lancar sekali. Kami melepaskan mereka ke kantin setelah selesai mmberi ganjaran (walaupun sampai ke akhir  aktiviti tak snyap2) dan sedikit cenderahati. Last, ambil gambar with the kanak2. terasa sangat terharu when one of them whisper to me like this " akak tak boleh lama lagi ke main dengan kami" dengan cute face depa memang terharulaaa..ouh. *dalam dewan akhir2 acara depa la paling bising -.-

dan

RAHMAN 3 JUARA UTK SESI LEADERSHIP OUTREACH @ SK KUALA SELANGOR :)
WELL DONE TEAM!



No comments: