Pages

Thursday, April 24, 2014

Say Something

Say something, I'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all

And I will stumble and fall
I'm still learning to love
Just starting to crawl

Say something, I'm giving up on you
I'm sorry that I couldn't get to you
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I will swallow my pride
You're the one that I love
And I'm saying goodbye

Say something, I'm giving up on you
And I'm sorry that I couldn't get to you
And anywhere I would've followed you 
Say something, I'm giving up on you

Say something, I'm giving up on you
Say something...

Monday, April 14, 2014

18 alreadyyyy ;)

Assalamualaikum :) 




such a busy week last week tak terkecuali diz weekkk >_<. hari-harilah sibuk.hihi.Happy birthdayyy to me... Happy Birthday to me! yeayyy! I'm already 18! 

8 April

I tidur kat rumah my aunt sebab ketiadaan air kat rumah. >_<  coz hari esoknya my uncle and I ada kursus Illustrator @Bangsar. Kursus tuh 2 hari. gerak dari kajang to bangsar dengan komuter tukar tukar naik lrt. jauhh woiii -___- so, kena gerak dari pagi. Malam tuh memang tidur awal , bfore 2300 dah pengsan then macam biasa ah kannnn... 0000 (9April)

9 A4RIL

text masukkk..masukk masukk....
call ponnn..
maaflah siapa yg call tuh.
memang dengar suara tidur aku..hihi...
aku hanya mampu jawab..."hmmmm, ahhh, yeee" HAHHAA
maluuu ceqqqqq.... :3


wish yang paling tak boleh blah from my best friend, dheva... "tahniah sebab hidup lagi" ahhh... :D luckily ada balloon. coz i really love balloon ;)

Kebetulan pulak time tuh boleh pulak wechat aku buat masalah...hamagadddd,..sabar jelah. kena install balik.. pagi tuh pergi kursus.. sepanjang pergi kursus senyum je memanjang.. rasa nak jerit satu duniaa.."HEY TODAY IS MY DAYYYYY". :)))) 

then, I got text from my girlsss... tnya whether ada kat rumah ke tak.  Masa tuh memang tengah bersesak dengan orang dalam tren (*orang dah nak balik dari kerja) perhh..memang peak hour...dengan tangga beratus.. haha..over pulak... memang kepenatan tahap lapan.. dah sampai kajang.boleh pulak tapak sandal aku tercabut..ya Allah...sabar jelah.. then, jalan ke kereta kat tmpat parking. Masuk dalam kereta barulah dapat reply text, dapat jawab call..lega betul rasa dapat duduk. Sampai rumah my aunt dalam pukul 8 mcm tuh..then, near 9 kod baru gerak pergi pizza hut coz my girls ada buat makan2 sikit for meee.I'm so toucheddd... :******** Penat macam mana pun birthday wajib sambut oii. 

*sorang takde* my baby poee :***

Boleh nampak lah muka penat akuuu...seyez macam zombi.. tak secomel time birthday celebration YJ.. LOL XD



HADIAH timeeee... part paling digemari. kekekekeke . hadiah aku tahun ni major of it berasaskan warna PINK and PURPLE. thankyouu guysss...really appreciate it..hilang penat seharian , perut terasa kenyang apabila dikelilingi orang yang kita sayang and orang yang mnyayangi kita :') Coklat yang zaf bagi tuh memang mngusik jiwa aku sebab memang aku dah lama nak coklat macam tuuu.."LOVE ARINA" ada nama sayaaa..ada loveee...ada warna fevret sayaa.hihi. At first, aku tengok mcm lilin kod.heee. sayang gila nak makan tapi balik je terus hilang love2 tuh kena makan dengan adik aku... ergh = ="


ni pun hadiah yg terbaik jugakk. ilmu adobe illustrator. terimakasih pak ira sebab ajak erin! :3 You guys kalau ada yang berminat boleh join bulan mei and jun ni. Sebarang pertanyaan or apapun check at this :)


next ,.. tadaaaa. alhamdulillah..terpilih untuk ujian kelayakan calon guru.. sekarang nak belajar baiki tulisannn balik..nak jadi cikgu tulisan tanaklah macam doktor ye dak.hahaha.



 this is my best gift for yearssss..my girlss.. :') *budak2 nakal nih.



 forever and always I LOVE US ;)


p/s : hope segalanya berjalan dengan lancar esok :)) gl n atb another baby zie! :3

Thursday, April 3, 2014

Rindu study :')

        Hari tuh aku pergi shopping dgn my aunt which I called her mummy. Kalau ikut mummy pergi shopping mimpilah nak singgah satu mall je...bermacam-macam mall wajib singgah sebelum sampai ke rumah. Then, I tengok alatan menulis, all the things yang berkait time tgh belajar dulu..tetiba muncul pula perasaan rindu berbakul-bakul time belajar..time dok asrama..rasa macam tak sabar nak sambung belajar balik, tak kisahlah my result is OK or KO or nott so badd or not too good tooo I really really really eagerly want to continue my studies.. I miss my locker a lot...rindu nak hias loker and sumbat macam2 barang dalam loker tuh..rindu sangkut banyak baju then I complained xde baju..haha...rindu my crazy classmates that majority boys in it..sakit kepala je.haha



see? ramai kan lelaki? 2 kali ganda perempuan. sabo jela perangai masing2. I miss our 5 Rossa's mommy, Teacher Hanusuya. Hari tuh ambil result tak dapet nak ketemu. :')


Inilah my batch , Partisan1213. Trylah cari I..hoho XD pakai baju maroon. tudung putih. muka nerdy sikit. hewhewhew. sedih betul tengok pic nih sebab baju career expo aku hilang.. hamagaddd..macam nela baru ley realizeeeeeee.. so, precious n sentimental u knoww.. 




Sindrom perempuan setiap bulan.


Sebenarnya segan jugak aku nak ceghitaa.mmmmmmm
Makin besau makin pemalu katanya.lol
Kalau siapa yang ambil biologi memang kita mmpelajari perkara ni-menstruation
Dulu time classs lelakilah paling expert bab kira mngira waktu..kalau tak faham memang diorg tanya direct sama ada kat cikgu ataupun yang girl2 ni.
tambah2 lak kelas aku 8 org je perempuannya. >_<




Aku takdelah nak explain apa yg dalam gambar ni...bukan kepakaran saya.hee.Just nak share the sindrom yang majoriti kaum perempuan akan hadapi setiap bulan.  Apabila start je PMS and the next stage...


  • Asyik2 nak maghah jer - ni memang wajibbbbb. Bad mood. bad mood. Jarang ada perempuan yang cool time cuti. Sangat jarang bertemu mood perempuan yang high of hormon serotonin. Mood always akan turun-naik mcm roller coaster . Memang malanglah siapa kena marah waktu ni , seriously no mercy. 

  • Less talk - Untuk mngelakkan orang-orang yang tak bersalah kena marah..Jadi, alternatifnya ialah berdiam diri.. Kalau aku, aku akan jawab um..ha..ye...mmm....ataupon jawab pakai mata je. hoho. Senang cerita kalau korang nampak perempuan tuh lain macam jeh, better for your own sake elakkan daripada tegur. 

  • high frequency of voice-kalau bercakap  ..susah sikit nak kawal..sebab kita mmg dah takde mood nak cakap pastuh orang boleh pulak paksa2 kita bercakap..memang annoyed gilos orang macam ni.  Oh. amaran keras. Janganlah sesekali buat lawak tak membina waktu2 macam nih. sia2 je nanti. Sia2 kena marah. Sia2 kena pijak dan sia2 kena karate buah pinggang, ginjal kau. haha. 

  • over dose of sensitive - rasa  menyampah dengan benda sekeliling..tak kiralah benda hidup atau benda mati... rasa macam semua benda tak kena dan paling tak boleh blah, tak boleh orang tegur sikit. Orang baru cakap sikit...mulut dah macam peluru kita tembak dia..sadis2....pastuh, sikit2 nak kecik hati, kecik pankreas, kecik paru2 bagai -___-

  • bloated abdomen - perut rasa macam preggy 3-4 bulan ....serious talk. sebab aku kena..saiz perut jd besar lain macam ..kalau dah kahwin msti confused I ni pregnant ke tak.lololololol :p dont worry ladies tu memang masalah biasa..kesan daripada endometrium wall dan angin2 yang ada dalam badan. 

  • Jerawat - kalau muka perempuan tu bersih tetiba je naik jerawat, senanglah sikit nak detect. Dulu, aku pon macam tuh jugak. Alhamdulillah, kulit muka aku memang  zon takde jerawat..wujudnya jerawat ni time tertentu jee (pms and the next stage)..sekarang, alhamdulillah dah jaga pemakanan n pandai kawal stress...I'm free of jerawattttt forever and always? haha. In sha Allah. :D
  • mual2 - rasa nak muntah2 ni depend on person jugaklah. sometimes pon terkena jugak..huiii..seksa betul.. ala2 morning sickness githu. :p


  • banyak angin  - rsa kembung perut..memang tak sedap badan ...asyik sendawa sajaa. tips aku..silalah ke kedai yg berdekatan beli eno. sangat melegakan. hihi


  • keinginan nak makan - ada yang banyak makan..ada yang hilang selera makan..Majority always craving for food. tak cukup sekali makan...dah makan nasi goreng, nak nasi lemak. pastuh nak bantai mihun..huiii ..serius tu aku. HAHA. I look so sick kalau tak makan :p


I think thats all for now. Maybe ada yg tertinggal sebab tak semua orang kena sindrom yang sama. Kalau me as perempuan kadang2 pun tak tahan dengan perangai kaum sendiri apa entah lelaki ye dak. Bwa2 bersabar serta mngucap dua kalimah. kekeke.... So, dah tahu lepas ni jangan buat2 tak tahu pulak. Faham2lah pe'el kaum hawa yang comel ni.  :) 





I Remember You



Korang pernah tak jumpa orang yang korang kenal lepastuh korang jeling?

Aku pernah. Tak sengaja sbenarnya. Tak sengaja tapi dengan niat. Hah acano tuh?

Time tuh my family and I pergi makan luar. Dah lepas order tuh, out of sudden ada seorang lelaki datang pergi kat my mom borak2.. At first, I pelik then I think mybe my mom punya student..my mom memang popular dalam kalangan student dia. Then, my mom macam nak kenalkan lelaki tuh kat I.. masa tuh tengah bz dgn phone kod, I pon angguk2 jelah.. dari ekor mata I tengok lelaki tuh still tercegat kat situ and he look at me.  I pon..huh? what you expect from me? berdiri apa lg..dh tegur tuu , geraklahh..HAHAHA. *jahat aku nih. lama dia berdiri , aku pon pandang dia..then jeling. Dia terus minta diri from my mom.. *hah.jangan main2 bila I jeling tau.hihi. takdelah, maybe dia dah nak balik kod waktu tuh.

my mom : kenapa adik macam tuh?

me: apa? *buat tak bersalah*

my mom : kenapa buat kawan macam tuh? tu kan khairul....

me : khairul mana mama niiii...*blur*

my mom : Khairul Nizamm, kawan adik darjah 2..skang skolah agama kat kuala selangor tuuu...

me : huh?  OH NO?!!! lain benor muka dia! *dulu cerah, skang gelap sikit.hihi,


terkesima sekejap.kesiannya kat Khairul. Dahlah berpisah bertahun-tahun. Sekali jumpa kawan sendiri jeling...cisss...tak patut , tak patut. Sampai sekarang aku tak tahu n tak dapat contact si Khairul ni. Satu2nya kawan yang betul2 mnghilangkan diri. Aku rasa kalau tanya orang lain msti diorg pon dh tak ingat siapa dia. So, sorry . I remember you :)

Oh. Brothers!


Assalamualaikum.
Semalam my best friend , Amer share to me a vid
vid dia tengah ajar his sisters.
I'm so melt sebab nampak sweet sangat of him treat his sisters like that :)
then kitorg sembang2 lagi psl masing2 punya pngalaman ajar adik2.
certain subjek bolehla cool, sabar...certain not..
rasa nak maghah tuh terkeluar jugak.
like this.


before dinner.....

mom : kak nanti tolong tengok karangan adik tu

me : hmmmmmmmm *lama tak tulis karangan nih*


after dinner....

me : *tengah bersihkan dapur*

ghazi : akak. mama suruh huraikan isi ni..bla bla bla bla...

me : jap lagilah. tengah basuh pinggan niiii

ghazi : okay, ghazi tinggal kat meja ni.

done everything...

me :  naik atas dgn muka happy sbb dapur dah beres .. next, aktiviti biasa malam2 baca buku . kali ni baca buku terfaktab ke-4 (konotasi rasa). *excited nak baca sbb baru dpt pinjam from zaf. cari kat mph patbelasratus kali tak jumpa >_<

ghazi : eh. akak mana buku ghazi.

me: ouh.. *tak sempat nak bukak buku aku lagi..kena turun bawah ambil buku dia......  sobsobsob             T_T

ghazi : okay kita buat sama2.

me : hmmmmm...


dalam fikiran aku.

macam mana nak buat karangan upsr eh.
sistem dalam otak aku nih smua jenis spm
1 prenggan ada pelbagai jenis ayat.
ayat topik, ayat contoh, ayat huraian, n etc
1 perenggan half kertas kajang.

me : satu perenggan kena beberapa ayat?

ghazi : tiga baris je cikgu kata.

me : OHHH. *fuh...

ghazi : okay kita buat pendahuluan.

me : *takpe2..simple...fikir ayat simple..tiga baris je pon rene.. okay..tulis apa akak kata.. bla bla bla bla           bla.........

ghazi : ishh.. betul ni ke kak.. panjang sgtlah. dah lebih tiga baris ni..tak boleh ringkaskan lagi ke.

me : dushh. Nak ringkas tapi macam tak sedap pulak. macam tak lengkap. -..- okaylah tu .

ghazi : okay..isi lain ghazi buat.

me : baguss...pergilah minta tolong abang Is tu haa..in sha allah ada lagi sistem upsr dlm otak dia.                           hewhewhew

 after few minutes....

ghazi : kakak tolong ghazi cari isi baru.. Is kata isi ghazi tak sesuai.

me : .......................................*speechless sebentar*
       Isi ghazi okay jela.. bagus apa. jangan dgr cakap Is tuh.. -..-

ghazi : okay.

Ghazi blah, Is pulak datang.

me : Is kenapa suruh dia padam ? bla bla bla bla. *haha. Is kena maghah dengan aku. dengan adik2 ni aku             tegas+garang sikit.

Is : *adik2 aku takkan berani nk melawan. ahah! :D

Is blah , Ghazi pulak datang.

ghazi : akak.. akak tolonglah ghazi smpai penutup.

me :   -______________________________-
          (>_<) tadi kata boleh buat sendiriiiiiiiiii....


bukan tak boleh dan tak nak tolong
kadang2 tuh waktu dan keadaan emosi yang tak sesuai membuatkan hahh.
. I just cant help it.
sorry lil bro. love ya ;)





Twitter? Wechat? Whatsapp? IG?

Assalamualaikum :)

I'm so excited coz its already aprilllllll
April bagiku sangat istimewa :)))
Yesterday, semua keluarga besar KL dah balik from umrah.
Alhamdulillah selamat sampai. Seronok diorg balik sbb boleh hangout sesama girls.
First thing buat, pakai charcoal mask then berinai !
cousin aku bising je sepanjang isi inai kat aku  coz keadaan kuku aku yg tersangat comell...kecik je.. dah tangan aku kecik takkan kuku aku nak besau pulak.. belum inai jari kaki lagi,.... lagi sakit hati...mcm takde kuku je,.

Okay iklan je awal td. :)
Ramai tnya aku ada twitter tak sbnarnya?
Ada .dolu-dolu. Skang, dah takde :D
Lepas je aku delete twitter , ramai kawan2 aku bising. sabar jela.
masa nak delete tuh aku mmg banyak kali fikir jugaklah.
sebab benda ada pros n cons.
tambah susah nak deactivate account bila Encik Mimpi follow aku..hihi
sudahhh..memang aku delay waktu deactivate account
3 days after that, barulah aku dengan rasminya menutup akaun twitterku.
Twitter best cuma berita dalam tu cepat sangat tersebar.
laju je benda baru masukk..
bagus tapi aku tak berapa suka sgt
sebab kadang2 ada berita yang kita boleh terima dan masuk akal
and sometimes sebaliknya.
I really really really do hate surprise.
so, senang citer..tutupppp.

After twitter aku buat wechat.
okaylah wechat ni ..aku suka..sebab orang kita yg rapat jer ada..bebaslah nk buat apa.
and orang tak tahu kita online or offline.. *part yg paling best :)


dah buat wechat kawan aku kata "apalah salahnya kau buat whatsapp sekali"
aku pikir jugak
sebenarnya elok aku ada satu je (wechat) sbb contactnya still the same.. cuma whatsapp ni lebih ramai user berbanding dgn wechat
 aku ni takdelah jenis suka sangat chat dgn orang.
yg aku rajin nk mmbalas chat dgn cousin n of coz my bff.
sbb tak mmbosankan coz diorg suka sangat buat lawak -..-
At last , baru2 ni aku buat jugak whatsapp sbb saja2 nk cuba.
lebih kurang wechat je..tp I prefer wechat
sbb whatsapp tak boleh offline. hewhew.

kawan aku suruh off data kalau nak sangat offline *he mad at me .HAHA.*ketawa kuciwa
 tp kalau aku off data/wifi acano pulak nak main wechat nya.?! hoho

and paling sakit hati whatsapp boleh tengok last seen orang. HAHA
kan aku cakap aku bukan jenis chat dgn orang
then kalau ada je text..
aku bukannya jenis reply teruss... baca pastuh buat kerja lain kejap..lama2 lupa terus.
kalau bernasib baik tgklah tiga hari kemudian baru aku reply...kekekeke
sekarang okay lgilah daripada dulu.
dulu a week after that bru ingt nk rply. -___-
aku hanya akn reply teruss bila bnda2 tu betul2 penting..
nak set date ke ,
kalau setakat tgh buat apa? dh mkn? sihat?
hamagaddd..sila pergi cari kerja yang lebih berfaedahh.terimakasih
kemudian nanti, adalah acara sentap-menyentap berlaku.
"knpa tak replyla"
"busy kerr"
"sombongla"
ZZzZZzzZ.


 now I think macam nak buang je whatsapp nih away from my lifeee...
Insyaallah baru aman kod.
Tengah dalam pertimbangan.
kalau nk buat pun maybe beli no baru..just for certain people.


skang ada kwn suggest suruh buat IG lak
IG ni nampak fun
dan sangat seronok utk aktiviti stalk. hihi
stalk org yg aku minatlah like Irine Nadia and Belle Yahya
statement aku tadi macam lain macam pulak.hm,. Aku straight hokay,.
aku cuma suka mngikuti perkembangan life mereka.
Irine with her cute little daughter Fiska Medina
while Belle with her business Bella Ammara and her hubby, Carl
tu je yg rajin aku tengok.
ohh and stalk some good stuff utk beli2.heee
macam FUN , tgklah acano nanti.. ;)


p/s : sepanjang masa tgk kuku je..warna merah dia lawo. sukalahsaya..muehehe. :))



Wednesday, March 12, 2014

Find Your Mr Right!

Asssalamualaikum :)


Siapa tengok Nona minggu lepas? aku tengok segmen ain maisarah and his hubby! comellll sangat3. paling comel semua barang dia PINK! senduk segala pink uolls! Kalau dah peminat ain maisarah...warna fevret pon sama yea..hewhewhew.. Ada orang tanya aku..kenapa lately ni aku jarang update blog..janji nak update setiap masa...kerja lagi ke.. Maaflah..skang ni nak hmpir 2 minggu kod aku dah officially menjadi penganggur balik. tapi bukan dok saja kat rumah ni.. ada agenda lain yang dijalankan.hehe. Ada je depan komputer ni tapi buat kerja lain... kadang2 tuh niat memang nak blogging sebab banyak dah entry yang tertunggak, tapi tak berkesempatan jugak :/ sobsobsob.. Agenda apa? Agenda mencari mr right! Kenapa? tak percaya? Tak payah percaya , memang aku tipu pon. hihi.  Sekarang ni my partner and I baru bina tapak dalam dunia perniagaan . So, banyak benda nak kena urus, settle dalam tempoh yang ditetapkan. Rene jual apa?


tadaaa...I design it myself. comel tak? terpikat tak agak2? hehe.. buat masa ni , kami just jual kpd orang2 terdekat je dulu. Belum meluas lagi, baby step org kata :)  Baru2 ni rene pergi MPH and I found thissssssss...omaigod.omaigod.omaigoddddd.. *Ala-ala Lisa Surihani dalam IAD. Bersinar mata bila jumpa novel ni..lain ku cari lain yang ku dapat.. "Mr Right Berkopiah" by Ain Maisarah :) Novel ni memang rene tunggu sangat bila nak keluar sebab selalu missed baca dalam BH... akhirnya keluar jugakkk.! Novel cinta yang sarat dengan pengajaran/pelajaran :) 




Sinopsis 

Sazzy *kalau ikuti novel ain maisarah sazzy ni one of the wannababes, gadis yang sempurna segalanya. Kerjaya glamor sebagai seorang pramugari. Kecantikan dan popularitinya setaraf selebriti. Kemewahan ibu bapa yang melimpah ruah.
Namun ada satu kekurangan Sazzy..kekurangannya adalah dia belum bersuami!
Dalam pencarian jodohnya, Sazzy tidak menyangka bertemu dengan lelaki berkopiah bernama Adam. Berjawatan pensyarah agama dan memberi kuliah di masjid setiap malam. Aduh, memang kontras sangat dengan imej Sazzy yang berskirt pendek dan rambut mengerbang!
Namun suka mngatasi segalanya *ofcoz! HAHA.  Sazzy nekad mendekati Adam. Sangkanya proses memikat itu mudah kerana dirinya cantik bak bidadari. Rupa-rupanya halangan menimpa, ada dua lagi wanita cuba menghimpit Adam. Seorang berpurdah , seorang lagi berjubah. Sazzy sendiri? Masih cuba2 berselendang dengan jambul kembang di hadapan!
Lebih parah, pencabar2 itu juga bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar. Mereka tahu segalanya tentang sisi gelap hidup Sazzy dan rahsia kumpulan The Wannababes. Sazzy kini perlu memikat Mr Right berkopiah, menepis segala serangan musuh lamanya dan pada masa yang sama..merubah diri secara ikhlas dan istiqamah.
Dapatkah Sazzy bersatud engan Mr right berkopiah ni? Ikuti segalanya dalam novel kelakar tentang jodoh ini!


Rene suka sangat cerita ni sebab macam kisah cinta rene dulu. Ingin berubah mnjadi lebih baik selepas mngenali "lelaki berkopiah".Tapi sedihnya berjumpa dengan mr right at the wrong time.hoho.Bye2 lah jawabnya. :')  Rene suka ayat ni.....

"You have to fake it until you make it"- Fasha, Ketua Wannababes-

"Fake it to be good. Fake it to be near to God. Fake it until you eventually it will become natural to you."


faham? kalau nak lg detail bacalah novel ni, page 250 n 251 :)



p/s: siapa tengok telemovie Hati untuk Siapa semlam? Zul Ariffin really make my heart melt.hoho.Astaghfirullah.



Tuesday, March 11, 2014

AdaMu


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
[Al-Anbiyaa’: 35]


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]



يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
[Ali Imran: 200]



يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.
[al-Baqarah: 153]




What you wanna say, say to Allah, He listens to you. He always be. Find the love. You'll feel better. Discover Al-Quran, you'll find the serenity-- For everything happened is according to Him. Keep praying. and always be strong no matter what. We have to be strong for her to hold onto us. For her sake, never let down the faith. Allah with us insyaAllah.





Expectations ~

Assalamualaikum :)

 
*habis spm*

Dah lama aku rasa tak letak pic aku pakai baju sekolah dalam blog nih.. muka budak sangatkan? Aku ingat lagi time pergi kursus captain n vice capt tahun lepas semua sekolah yg hadir majoriti prempuan pakai baju kemeja..aku pakai baju kurung sebab sekolah aku takde lagi perempuan pakai baju kemeja... masa tengah siap2 before turun untuk ceramah mesti kena usik dengan vice captain lain kata aku ni budak sekolah rendah yang sesat...sabo jelah.. Next week, ambil result kat Tapah. This week baru dapat mimpi bukan2 pasal result..asyik mimpi result jeeee.. takut? adalah sikit. sikit? sikitlah, banyak2 buat apa..susahkan hati je!.

Mimpi result yang paling aku ingat , nenek aku sendiri bagi result tuh kat aku. Pelik. Maybe sebab aku terfikir tarikh nenek n my whole KL family nk berangkat ke umrah same date dengan result SPM keluar. Mesti berkejar ..nak gerak ke KLIA then straight to Tapah. And lately...people always asking me..how do I feel....How many A's can you get...Can you get straight A's? Okay..straight A's ialah impian bagi semua pelajar..of coz I want it. But.....I'm not really confident for this time. Bukan kali ni je..memang setiap kali exam besar aku tak brapa nak confident nak ambil result because I'm just an ordinary girl that loves to learn. Trial spm? I only got  5A's ..however, I'm very thankful. alhamdulillah.

Orang-orang : Kau takpayah nak be humble sangatlah..dari kecik kau pandai..dari dulu kelas first je..nak2 skang masuk sbp..comfirm ah straight A.

Me: Do you really really really know about my life? 

Kalau kau memang sejak sekolah rendah sampailah sekolah menengah sama sekolah dengan aku. Yes..you will see me in first class. Form 4, masuk sbp dalam kelas yang pertama jugak..but you know takdir Allah yang tertulis... selama 10 tahun, aku telah ditempatkan dalam kelas pertama..True story tahun terakhir aku sebagai pelajar sekolah menengah aku telah ditempatkan di dalam kelas yang terakhir. Yes, I was heart broken for the first sec, but rationally think maybe there is something I'll learn one day. Alhamdulillah , I got "that" things.. The way people treat me, look at me..think about me..really different when I was in the first class. Its hurt mentally but I always think positive. Its okay, its alright . Now, I know how people really are. The true colors of them. :)


So, you think the key to get straight A's the students must be in SBP? hmm...some say yes..some say no... not really exactly..its depend on yourself actually. sejauh mana usaha, sejauh mana doa *my ex senior smkbtk pernah cakap kat aku*. So true :) tapi being SBP students banyak benefits lain lagi kita dapat selepas straight A's..contohnya peluang belajar  ke luar negara/ fast track.


The mentality of people when they think masuk boarding school je terus/wajib dapat straight A's. Kalau sebaliknya dapat...

Orang-orang : lah sama je result dgn anak aku yang sekolah biasa tuh..baik belajar kat sekolah biasa je..

Me : helo.....Do you really have to say like that ? Pernah terfikir perasaan orang lain? Pernah terfikir cara nak menapis ayat ketika bercakap? Bila situasi tuh tak kena lagi kat kita memang kita tak rasa apa2 , tapi bila dah terkena batang hidung sendiri tahu nak melenting bagai. Masyaaarakattt.


I really really really hate this orang-orang but life just does not complete without them :p 
Banyak lagi yang I dapatttt..expextationsssssss from orang-orang. But nvm, biar saya pendam soghang2. :D
Kita layan video from Mat Luthfi Soalan Ramalan Pasca SPM.
Really love all his works. 
His observations at the end of the vid are SO TRUE . salute~







Journey to the Street Art, Penang!

Assalamualaikum :)




Seperti yang dijanjikan update about Penang. :) Journey to Penang sangat awesome..terutama misi mencari street art.




#1 Jumpa Pakcik jual pau secara kebetulan.
 Pau daging satu!


Lokasi : Jalan Transfer

Encik Kaki Lima

Kaki lima adalah untuk melindungi pejalan kaki dari terik matahari dan hujan. Dengan kemasukan ramai pendatang, kerja semakin susah di cari. Ramai orang tua dan penganggur mula memakai kaki lima untuk berniaga keicl-kecilan. Orang Hokkien mula menyebut ini sebagai "Goh Ka Ki" atau perniagaan kaki lima. 





Lokasi : Lorong Kimberly

Kopi 'O'

Satu Tinggi, Double Shot, Decaf Espresso
Kopi-O-Kau




Lokasi : Lorong Kimberly/Jalan Sg Ujong

Tiga Generasi

Lebuh Kimberly amat terkenal dengan makanan penjajanya. Sesetengah gerai disini telah dibuka sejak tiga generasi yang lalu




Lokasi: Lebuh Melayu/ Lorong Ikan

Lembu&Ikan

Bukan hanya lembu yang dibela dan disembelih di sini tetapi anda juga boleh menghidu bau ikan yang tergantung dijemur.


Lokasi: Lorong Prangin

Tiada plastik beg

Di sini terdapat kejiranan peniaga kecil , di mana anda boleh menemui aktiviti2 seperti menjemur ikan masin dan mnganyam bakul.






Gambar ni susah sikit nak ambil sebab kalau nak ambil mesti berdiri tengah jalan raya..


seksi seksa tengok kaki tuh.lol


gambar full..kena cepat before kereta banyak datang...mati katak je nanti.




nampak dah bebayang..panas betul time ni..result after balik kl = kulit gelap :p


Escape

Lokasi : Lebuh Acheh

Gudang Acheh lama ini asalnya adalah bangunan penjara yang telah wujud tahun 1805 sebab itulah dindingnya tebal dan tingkapnya kecil.





Budak panjat kerusi antara yang paling famous amos...dapat ambil gamabr beserta model sekali sebab.....



queue  panjang sangat! macam beratur nak beli cendol pulak...



#1Malaysia :) tgk gambar mcm besar rupa2nya kecik je mural ni.






Lokasi : Lorong Soo Hong

Terlalu Sempit

Lanca adalah jenis pengangkutan yang paling popular di zaman awal pulau pinang.





Yang ni pon ada model sebab beratur panjang. Cantiklah tu kan...hoho



kucing ni nak cari susah jugak..orang kena aware sebab usually mural kat dinding bwh/atas bangunan yang terbuka tapi kucing2 ni kat bahagian dalam bangunan yang berpagar..usually orang lalu takkan perasan. Sgt bernasib baik kalau time tuh org tgh ramai ambil gambar baru org lain prasan.



-man with motorcycle-











Lokasi : Lorong Seck Chuan

Ting Ting Tong

Salah satu makanankesukaan yang dijual di Lorong Seck Chuan ialah ting ting tong atau kandi keras iaitu campuran gula, biji bijian serta kacang yang sangat digemari kanak2. Nampak tak pahat dengan tukul orang tu pegang? alat itu digunakan untuk memahat dan menukul ting ting tong mnjadi ketulan kecil supaya senang dimakan.







Lokasi : Love Lane

Suami Curang

Orang cina setempat kata lelaki-lelaki kaya yang duduk di Lebuh Muntri menyimpan perempuan mereka di sini , lalu tempat ini dipanggil Ai Cheng Hang atau Lorong Cinta.



Lokasi : Lebuh Muntri

Satu kaki tendang semua

Pembantu rumah Cina-Cantonese yang berasal dari Guangdong yang melakukan semua kerja rumah dan memanggil diri mereka secara lawak sinis sebagai "Yat Keok Tet" (Satu kaki tendang semua )




       

Lokasi: Lorong Stewart

Kaki lima paling sempit *memang sempit

Jelas sekali, lorong ini kurang dari lima kaki..Kaki lima Hotel Wai Hai dikatakan adalah yang tersempit di Pulau Pinang.


Kung Fu Girl!

Mural yang paling besarrrr..orang kalau tak jumpa jugak tak tahulah nak cakap apa.


Ni magic sikit.. Mula2 ada kereta kan..? Now you see it....



tadaaa...now you don't....how? akulah alihkan kereta tuh..petik jari jelah weh.lol.. actually aku tengah membebel knapalah org pergi parking kat tempat yang tak sepatutnya then out of sudden tuan empunya kereta keluar dari kedai , alihkan ke belakang sikit...hoho..agaknya dia dengarlah kod segala bebelan aku...malunyaa kita! ahaks! XD papepon, thanks for your consideration :)

Lokasi : Lebuh Muntri

Situasi Sama menang

Lebuh Muntri mengambil namanya daripada Orang Kaya Menteri iaitu nama gelaran kepada Ngah Ibrahim dari Larut, Perak.



Lokasi : Lebuh Leith/ Lebuh Muntri

Jimmy Choo
Di sinilah pereka kasut terkenal, Jimmy Choo telah memulakan latihan perantisan beliau. 



Last...dekat sangat dengan tempat penginapan kitorg! Lain masa rene update about the whole penang okay! :)