Pages

Sunday, January 26, 2014

Angry Sizuka

Assalamualaikum 

-googleimage- *susah nak ambil gambar dak dua ekor nih

Lately ni aku selalu dikejutkan dengan kehadiran dak Sizuka nih, Oh...perkenalkan anak baru abang aku.. Sizuka dan lagi satu tak tahu nama dia apa. Sangat manja dengan abang aku. Abang aku pon terlebih manjakan dia -..-  Abang aku bela dua ekor tapi sekarang yang ada kat rumah seekor je sebab lagi satu tak berapa nak sihat. Hantar pergi vet then dijaga oleh kawan abang.


tengok kuku dia..tu yang mahalll.. KUKU. --"

Abang selalu lepaskan Sizuka malam2.. Sizuka pon apa lagi dah dibebaskan, merayap je kerja.. setiap malam nak ontheway pergi dapur aku hampir mati mengejut sebab kehadiran dia.sabor jela. Dia kecik so, kadang2 bukan perasan pon dia..kadang2 aku hampir lupa dia ada kat rumah...tapi alhamdulillah aku dikurniakan instinct yang kuat untuk detect keberadaan dia di sesuatu tempat. kaching *kenyitmata*


*tajamgilos kuku dia...seronok kalau dapat buat sizuka pose macam ni. ahaks! :D

Pada suatu malam yang hening, semasa ketiadaan abang aku dirumah *dia pi tidur kl. Time tuh aku tengah tengok tv kat tingkat atas. Out of sudden, terdengar bunyi2 bising dan nyaring..  

me:"Ish..Sizuka ni... tapi macam tak pernah2 pulak dengar Sizuka berbunyi..kecuali time dia tengah makan..."

*fikiran dah macam2*

me :"Sizuka niii..hmmm"

*try to be positive.haha*

bunyi agak creepy jugaklah.. then aku pergi turun nak tengok apa jadi ..betullah..alhamdulillah, Sizuka yang berbunyi.. 

 Home Sweet Home ~~~

me : kenapa niii... bising2 ni....semua dah tidur....kenapa....

Sizuka : hasjkdfhasdgdfhykeryrshkdbfysekargyrferhfegfyqwegfyqwe

me: haaa??!!!

Sizuka: kshdfsiaghwerkgyrfuykwegfwefuygefuykegfuyegggggggqwekeyrtfgqwrfyqwtgkfawgyertwq

Bising betul dia malam tuh..ntah merungut apa ntah...rindu abang kod. abang pon satu. apola pi tinggal dak sizuka nih...aku tengok je keletah dia pastu hmmm..lepaskan jelah.. abang selalu buat macam tu malam2.. maybe dia marah sebab dia tunggu lama kod..Dah lepaskan tuh, baru pulak terfikir ..sape pulak nak tangkap dia masuk dalam cage balik...aku ni takdelah berani sangat pegang sizuka..kadang2 dia agak menakutkan. :( dia tak mesra alam! Aku pergi cari glove, then mulakan mission nak tangkap dia balik..boleh kuruslah kalau aku buat tiap malam..berlari ke sana ke sini nak kejar dia. At last, gotcha! Takut sangat masa dapat tangkap dia tuh...dia marah betul kat aku...badan n mata dia kembang kempis marah...mulut dia tak berhenti menjerit...*aku tak pernah nampak haiwan sebengang tuh.hoho~ masa dalam genggaman tu macam2 dia buat..dia cakar , dia gigit.. luka2 smpai berdarah tangan aku dibuatnya :'(  tu pakai glove..kalau tak pakai glove tak tahulah apa ghupa jadi tangan aku..huhu..sadis :'( 

balik abang dari KL aku terus mngadu. lololol. 

 me :abang! Sizuka buat adik! *sambil tunjuk tangan. :(

abang : Nasib pakai glove ye dak? *ketawa panjang*

me: *kuang asam! perli aku. dia tahu aku takut kat sizuka. sabor jela.


p/s : anda mugkin mangsa seterusnya! lol




No comments: