Pages

Tuesday, February 25, 2014

My Rotan story

Assalamualaikum :)

Hai :) Sesungguhnya aku sangatlah durhaka dengan encik bloggie...janji nk post hari2, sekarap yang mungkin kononnya! .Aku ambil risiko malam ni nak blogging *cehh.smpai ambil risiko * this week sangatlah busy sebab I kan seorang yang bekerja awakk..haha. This week lagilah keluar rumah sebelum subuh , balik rumah nyaris2 senja. malam dah tentu pengsan akibat kepenatan, okay sebelum aku membebel lagi panjang, aku nak share satu citer yang masih segar di ingatan nih.

Masa tu form 4, time belajar kat perak dulu... *macam lama sangat je bunyi dulu aku tu.hewhew. Masa form 4 aku tak bangun seawal form 5... form 5,  5:30 dh  siap2 turun surau , form 4 pukul 5:50 pagi dh kira awal bangun. kalau 5:30 apa lg kan? terbongkang lagi atas katil...lagi nak tarik selimut tutup smpai ke muka sebab tapah waktu pagi memang sejuk gilosss...




Aku terleka basuh baju smpai pukul 6:15 pagi...target smpai pukul 6 je patutnya sebab baju takdelah banyak sangat. Siap2 nak pergi turun ke surau...


Pagi tuh memang aku rasa macam fishy sangatttt...macam serba tak kena ...beberapa langkah sebelum melangkah keluar ke pintu utama aspuri ( laluan nak ke surau) dari jauh aku nampak macam ada orang kunci pintu gril utama... I was like...HUH?  dah smpai pintu utama tu..eh? memang dah kunci?! Tak fikir banyak aku terus pergi solat dekat  musolah dalam aspuri.. Tak syak apa2.. lepas solat terus sambung bilas baju.. Ouh..masa tu hari Sabtu.hanya ada kelas prep pagi pukul 9. Tetiba bunyi siren panjang sangatttt... sangat sangat panjang... lagi panjang daripada siren kebakaran..boleh githu? hoho. Gelabah aku turun daripada tingkat 3 pergi padang row-call , warden nak jumpa.. Siapa yang tak sempat keluar (selepas gril dikunci) kena denda. Akulah orangnya.dan ramai lagi warga aspuri..walaupon hanya beberapa langkah sahaja lagi ke pintu utama dan aku memang nampak gril itu dikunci.....nasib memang tak mnyebelahi waktu tuh.. redha jelah.. kena pusing sekolah bape round tah *lupa*...3 atau 4 pusingan macam tuh.Selesai sahaja denda daripada warden..terus sepantas kilat bersiap sebab dh lambat ke prep... pukul 9:15 pagi aku masih dalam bilik..bersiap..time tengah bersiap tu aku berfikir jugaklah .


9: 30 pagi baru gerak..jalan lajuuu selaju yang boleh..*aku memang tak suka LEWAT...tak suka tak suka...baru nak tarik nafas lega tetiba ada yang sudah menanti kamiiii T_T. cikgu dan rotannyaaa...


Tiada kompromi...tangan ku hulurkan dengan rela hati...zaapppppp*bunyi rotan*  tinggalnya corak panjang dan merah yang sangat cantik kat tapak tanganku *ouch. >_<  Aku tak pernah kena rotan smpai berkesan macam tuh...It is my fault .I'm 30 minutes late to class...so shut up! You really deserve it rene... tak payah nak mngadu bagai..Naik kelas..classmate sesama pandang tunjuk tapak tangan diorg...Pelbagai corak ada, ada lurus , senget2 , selari dengan jari tengah pon ada!..dasyat sungguh kome! Hukuman ni jelas sekali mmberi pengajaran kepada aku..Terima kasih cikgu :)  aku lebih suka cikgu yang macam ni sebab ini akan lebih mnjadikan kita seorang yang lebih berdisiplin  :) 





No comments: