Pages

Wednesday, March 12, 2014

Find Your Mr Right!

Asssalamualaikum :)


Siapa tengok Nona minggu lepas? aku tengok segmen ain maisarah and his hubby! comellll sangat3. paling comel semua barang dia PINK! senduk segala pink uolls! Kalau dah peminat ain maisarah...warna fevret pon sama yea..hewhewhew.. Ada orang tanya aku..kenapa lately ni aku jarang update blog..janji nak update setiap masa...kerja lagi ke.. Maaflah..skang ni nak hmpir 2 minggu kod aku dah officially menjadi penganggur balik. tapi bukan dok saja kat rumah ni.. ada agenda lain yang dijalankan.hehe. Ada je depan komputer ni tapi buat kerja lain... kadang2 tuh niat memang nak blogging sebab banyak dah entry yang tertunggak, tapi tak berkesempatan jugak :/ sobsobsob.. Agenda apa? Agenda mencari mr right! Kenapa? tak percaya? Tak payah percaya , memang aku tipu pon. hihi.  Sekarang ni my partner and I baru bina tapak dalam dunia perniagaan . So, banyak benda nak kena urus, settle dalam tempoh yang ditetapkan. Rene jual apa?


tadaaa...I design it myself. comel tak? terpikat tak agak2? hehe.. buat masa ni , kami just jual kpd orang2 terdekat je dulu. Belum meluas lagi, baby step org kata :)  Baru2 ni rene pergi MPH and I found thissssssss...omaigod.omaigod.omaigoddddd.. *Ala-ala Lisa Surihani dalam IAD. Bersinar mata bila jumpa novel ni..lain ku cari lain yang ku dapat.. "Mr Right Berkopiah" by Ain Maisarah :) Novel ni memang rene tunggu sangat bila nak keluar sebab selalu missed baca dalam BH... akhirnya keluar jugakkk.! Novel cinta yang sarat dengan pengajaran/pelajaran :) 




Sinopsis 

Sazzy *kalau ikuti novel ain maisarah sazzy ni one of the wannababes, gadis yang sempurna segalanya. Kerjaya glamor sebagai seorang pramugari. Kecantikan dan popularitinya setaraf selebriti. Kemewahan ibu bapa yang melimpah ruah.
Namun ada satu kekurangan Sazzy..kekurangannya adalah dia belum bersuami!
Dalam pencarian jodohnya, Sazzy tidak menyangka bertemu dengan lelaki berkopiah bernama Adam. Berjawatan pensyarah agama dan memberi kuliah di masjid setiap malam. Aduh, memang kontras sangat dengan imej Sazzy yang berskirt pendek dan rambut mengerbang!
Namun suka mngatasi segalanya *ofcoz! HAHA.  Sazzy nekad mendekati Adam. Sangkanya proses memikat itu mudah kerana dirinya cantik bak bidadari. Rupa-rupanya halangan menimpa, ada dua lagi wanita cuba menghimpit Adam. Seorang berpurdah , seorang lagi berjubah. Sazzy sendiri? Masih cuba2 berselendang dengan jambul kembang di hadapan!
Lebih parah, pencabar2 itu juga bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar. Mereka tahu segalanya tentang sisi gelap hidup Sazzy dan rahsia kumpulan The Wannababes. Sazzy kini perlu memikat Mr Right berkopiah, menepis segala serangan musuh lamanya dan pada masa yang sama..merubah diri secara ikhlas dan istiqamah.
Dapatkah Sazzy bersatud engan Mr right berkopiah ni? Ikuti segalanya dalam novel kelakar tentang jodoh ini!


Rene suka sangat cerita ni sebab macam kisah cinta rene dulu. Ingin berubah mnjadi lebih baik selepas mngenali "lelaki berkopiah".Tapi sedihnya berjumpa dengan mr right at the wrong time.hoho.Bye2 lah jawabnya. :')  Rene suka ayat ni.....

"You have to fake it until you make it"- Fasha, Ketua Wannababes-

"Fake it to be good. Fake it to be near to God. Fake it until you eventually it will become natural to you."


faham? kalau nak lg detail bacalah novel ni, page 250 n 251 :)



p/s: siapa tengok telemovie Hati untuk Siapa semlam? Zul Ariffin really make my heart melt.hoho.Astaghfirullah.



Tuesday, March 11, 2014

AdaMu


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
[Al-Anbiyaa’: 35]


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]



يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
[Ali Imran: 200]



يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.
[al-Baqarah: 153]




What you wanna say, say to Allah, He listens to you. He always be. Find the love. You'll feel better. Discover Al-Quran, you'll find the serenity-- For everything happened is according to Him. Keep praying. and always be strong no matter what. We have to be strong for her to hold onto us. For her sake, never let down the faith. Allah with us insyaAllah.





Expectations ~

Assalamualaikum :)

 
*habis spm*

Dah lama aku rasa tak letak pic aku pakai baju sekolah dalam blog nih.. muka budak sangatkan? Aku ingat lagi time pergi kursus captain n vice capt tahun lepas semua sekolah yg hadir majoriti prempuan pakai baju kemeja..aku pakai baju kurung sebab sekolah aku takde lagi perempuan pakai baju kemeja... masa tengah siap2 before turun untuk ceramah mesti kena usik dengan vice captain lain kata aku ni budak sekolah rendah yang sesat...sabo jelah.. Next week, ambil result kat Tapah. This week baru dapat mimpi bukan2 pasal result..asyik mimpi result jeeee.. takut? adalah sikit. sikit? sikitlah, banyak2 buat apa..susahkan hati je!.

Mimpi result yang paling aku ingat , nenek aku sendiri bagi result tuh kat aku. Pelik. Maybe sebab aku terfikir tarikh nenek n my whole KL family nk berangkat ke umrah same date dengan result SPM keluar. Mesti berkejar ..nak gerak ke KLIA then straight to Tapah. And lately...people always asking me..how do I feel....How many A's can you get...Can you get straight A's? Okay..straight A's ialah impian bagi semua pelajar..of coz I want it. But.....I'm not really confident for this time. Bukan kali ni je..memang setiap kali exam besar aku tak brapa nak confident nak ambil result because I'm just an ordinary girl that loves to learn. Trial spm? I only got  5A's ..however, I'm very thankful. alhamdulillah.

Orang-orang : Kau takpayah nak be humble sangatlah..dari kecik kau pandai..dari dulu kelas first je..nak2 skang masuk sbp..comfirm ah straight A.

Me: Do you really really really know about my life? 

Kalau kau memang sejak sekolah rendah sampailah sekolah menengah sama sekolah dengan aku. Yes..you will see me in first class. Form 4, masuk sbp dalam kelas yang pertama jugak..but you know takdir Allah yang tertulis... selama 10 tahun, aku telah ditempatkan dalam kelas pertama..True story tahun terakhir aku sebagai pelajar sekolah menengah aku telah ditempatkan di dalam kelas yang terakhir. Yes, I was heart broken for the first sec, but rationally think maybe there is something I'll learn one day. Alhamdulillah , I got "that" things.. The way people treat me, look at me..think about me..really different when I was in the first class. Its hurt mentally but I always think positive. Its okay, its alright . Now, I know how people really are. The true colors of them. :)


So, you think the key to get straight A's the students must be in SBP? hmm...some say yes..some say no... not really exactly..its depend on yourself actually. sejauh mana usaha, sejauh mana doa *my ex senior smkbtk pernah cakap kat aku*. So true :) tapi being SBP students banyak benefits lain lagi kita dapat selepas straight A's..contohnya peluang belajar  ke luar negara/ fast track.


The mentality of people when they think masuk boarding school je terus/wajib dapat straight A's. Kalau sebaliknya dapat...

Orang-orang : lah sama je result dgn anak aku yang sekolah biasa tuh..baik belajar kat sekolah biasa je..

Me : helo.....Do you really have to say like that ? Pernah terfikir perasaan orang lain? Pernah terfikir cara nak menapis ayat ketika bercakap? Bila situasi tuh tak kena lagi kat kita memang kita tak rasa apa2 , tapi bila dah terkena batang hidung sendiri tahu nak melenting bagai. Masyaaarakattt.


I really really really hate this orang-orang but life just does not complete without them :p 
Banyak lagi yang I dapatttt..expextationsssssss from orang-orang. But nvm, biar saya pendam soghang2. :D
Kita layan video from Mat Luthfi Soalan Ramalan Pasca SPM.
Really love all his works. 
His observations at the end of the vid are SO TRUE . salute~







Journey to the Street Art, Penang!

Assalamualaikum :)




Seperti yang dijanjikan update about Penang. :) Journey to Penang sangat awesome..terutama misi mencari street art.




#1 Jumpa Pakcik jual pau secara kebetulan.
 Pau daging satu!


Lokasi : Jalan Transfer

Encik Kaki Lima

Kaki lima adalah untuk melindungi pejalan kaki dari terik matahari dan hujan. Dengan kemasukan ramai pendatang, kerja semakin susah di cari. Ramai orang tua dan penganggur mula memakai kaki lima untuk berniaga keicl-kecilan. Orang Hokkien mula menyebut ini sebagai "Goh Ka Ki" atau perniagaan kaki lima. 





Lokasi : Lorong Kimberly

Kopi 'O'

Satu Tinggi, Double Shot, Decaf Espresso
Kopi-O-Kau




Lokasi : Lorong Kimberly/Jalan Sg Ujong

Tiga Generasi

Lebuh Kimberly amat terkenal dengan makanan penjajanya. Sesetengah gerai disini telah dibuka sejak tiga generasi yang lalu




Lokasi: Lebuh Melayu/ Lorong Ikan

Lembu&Ikan

Bukan hanya lembu yang dibela dan disembelih di sini tetapi anda juga boleh menghidu bau ikan yang tergantung dijemur.


Lokasi: Lorong Prangin

Tiada plastik beg

Di sini terdapat kejiranan peniaga kecil , di mana anda boleh menemui aktiviti2 seperti menjemur ikan masin dan mnganyam bakul.






Gambar ni susah sikit nak ambil sebab kalau nak ambil mesti berdiri tengah jalan raya..


seksi seksa tengok kaki tuh.lol


gambar full..kena cepat before kereta banyak datang...mati katak je nanti.




nampak dah bebayang..panas betul time ni..result after balik kl = kulit gelap :p


Escape

Lokasi : Lebuh Acheh

Gudang Acheh lama ini asalnya adalah bangunan penjara yang telah wujud tahun 1805 sebab itulah dindingnya tebal dan tingkapnya kecil.





Budak panjat kerusi antara yang paling famous amos...dapat ambil gamabr beserta model sekali sebab.....



queue  panjang sangat! macam beratur nak beli cendol pulak...



#1Malaysia :) tgk gambar mcm besar rupa2nya kecik je mural ni.






Lokasi : Lorong Soo Hong

Terlalu Sempit

Lanca adalah jenis pengangkutan yang paling popular di zaman awal pulau pinang.





Yang ni pon ada model sebab beratur panjang. Cantiklah tu kan...hoho



kucing ni nak cari susah jugak..orang kena aware sebab usually mural kat dinding bwh/atas bangunan yang terbuka tapi kucing2 ni kat bahagian dalam bangunan yang berpagar..usually orang lalu takkan perasan. Sgt bernasib baik kalau time tuh org tgh ramai ambil gambar baru org lain prasan.



-man with motorcycle-











Lokasi : Lorong Seck Chuan

Ting Ting Tong

Salah satu makanankesukaan yang dijual di Lorong Seck Chuan ialah ting ting tong atau kandi keras iaitu campuran gula, biji bijian serta kacang yang sangat digemari kanak2. Nampak tak pahat dengan tukul orang tu pegang? alat itu digunakan untuk memahat dan menukul ting ting tong mnjadi ketulan kecil supaya senang dimakan.







Lokasi : Love Lane

Suami Curang

Orang cina setempat kata lelaki-lelaki kaya yang duduk di Lebuh Muntri menyimpan perempuan mereka di sini , lalu tempat ini dipanggil Ai Cheng Hang atau Lorong Cinta.



Lokasi : Lebuh Muntri

Satu kaki tendang semua

Pembantu rumah Cina-Cantonese yang berasal dari Guangdong yang melakukan semua kerja rumah dan memanggil diri mereka secara lawak sinis sebagai "Yat Keok Tet" (Satu kaki tendang semua )




       

Lokasi: Lorong Stewart

Kaki lima paling sempit *memang sempit

Jelas sekali, lorong ini kurang dari lima kaki..Kaki lima Hotel Wai Hai dikatakan adalah yang tersempit di Pulau Pinang.


Kung Fu Girl!

Mural yang paling besarrrr..orang kalau tak jumpa jugak tak tahulah nak cakap apa.


Ni magic sikit.. Mula2 ada kereta kan..? Now you see it....



tadaaa...now you don't....how? akulah alihkan kereta tuh..petik jari jelah weh.lol.. actually aku tengah membebel knapalah org pergi parking kat tempat yang tak sepatutnya then out of sudden tuan empunya kereta keluar dari kedai , alihkan ke belakang sikit...hoho..agaknya dia dengarlah kod segala bebelan aku...malunyaa kita! ahaks! XD papepon, thanks for your consideration :)

Lokasi : Lebuh Muntri

Situasi Sama menang

Lebuh Muntri mengambil namanya daripada Orang Kaya Menteri iaitu nama gelaran kepada Ngah Ibrahim dari Larut, Perak.



Lokasi : Lebuh Leith/ Lebuh Muntri

Jimmy Choo
Di sinilah pereka kasut terkenal, Jimmy Choo telah memulakan latihan perantisan beliau. 



Last...dekat sangat dengan tempat penginapan kitorg! Lain masa rene update about the whole penang okay! :)