Pages

Tuesday, March 11, 2014

Journey to the Street Art, Penang!

Assalamualaikum :)




Seperti yang dijanjikan update about Penang. :) Journey to Penang sangat awesome..terutama misi mencari street art.




#1 Jumpa Pakcik jual pau secara kebetulan.
 Pau daging satu!


Lokasi : Jalan Transfer

Encik Kaki Lima

Kaki lima adalah untuk melindungi pejalan kaki dari terik matahari dan hujan. Dengan kemasukan ramai pendatang, kerja semakin susah di cari. Ramai orang tua dan penganggur mula memakai kaki lima untuk berniaga keicl-kecilan. Orang Hokkien mula menyebut ini sebagai "Goh Ka Ki" atau perniagaan kaki lima. 





Lokasi : Lorong Kimberly

Kopi 'O'

Satu Tinggi, Double Shot, Decaf Espresso
Kopi-O-Kau




Lokasi : Lorong Kimberly/Jalan Sg Ujong

Tiga Generasi

Lebuh Kimberly amat terkenal dengan makanan penjajanya. Sesetengah gerai disini telah dibuka sejak tiga generasi yang lalu




Lokasi: Lebuh Melayu/ Lorong Ikan

Lembu&Ikan

Bukan hanya lembu yang dibela dan disembelih di sini tetapi anda juga boleh menghidu bau ikan yang tergantung dijemur.


Lokasi: Lorong Prangin

Tiada plastik beg

Di sini terdapat kejiranan peniaga kecil , di mana anda boleh menemui aktiviti2 seperti menjemur ikan masin dan mnganyam bakul.






Gambar ni susah sikit nak ambil sebab kalau nak ambil mesti berdiri tengah jalan raya..


seksi seksa tengok kaki tuh.lol


gambar full..kena cepat before kereta banyak datang...mati katak je nanti.




nampak dah bebayang..panas betul time ni..result after balik kl = kulit gelap :p


Escape

Lokasi : Lebuh Acheh

Gudang Acheh lama ini asalnya adalah bangunan penjara yang telah wujud tahun 1805 sebab itulah dindingnya tebal dan tingkapnya kecil.





Budak panjat kerusi antara yang paling famous amos...dapat ambil gamabr beserta model sekali sebab.....



queue  panjang sangat! macam beratur nak beli cendol pulak...



#1Malaysia :) tgk gambar mcm besar rupa2nya kecik je mural ni.






Lokasi : Lorong Soo Hong

Terlalu Sempit

Lanca adalah jenis pengangkutan yang paling popular di zaman awal pulau pinang.





Yang ni pon ada model sebab beratur panjang. Cantiklah tu kan...hoho



kucing ni nak cari susah jugak..orang kena aware sebab usually mural kat dinding bwh/atas bangunan yang terbuka tapi kucing2 ni kat bahagian dalam bangunan yang berpagar..usually orang lalu takkan perasan. Sgt bernasib baik kalau time tuh org tgh ramai ambil gambar baru org lain prasan.



-man with motorcycle-











Lokasi : Lorong Seck Chuan

Ting Ting Tong

Salah satu makanankesukaan yang dijual di Lorong Seck Chuan ialah ting ting tong atau kandi keras iaitu campuran gula, biji bijian serta kacang yang sangat digemari kanak2. Nampak tak pahat dengan tukul orang tu pegang? alat itu digunakan untuk memahat dan menukul ting ting tong mnjadi ketulan kecil supaya senang dimakan.







Lokasi : Love Lane

Suami Curang

Orang cina setempat kata lelaki-lelaki kaya yang duduk di Lebuh Muntri menyimpan perempuan mereka di sini , lalu tempat ini dipanggil Ai Cheng Hang atau Lorong Cinta.



Lokasi : Lebuh Muntri

Satu kaki tendang semua

Pembantu rumah Cina-Cantonese yang berasal dari Guangdong yang melakukan semua kerja rumah dan memanggil diri mereka secara lawak sinis sebagai "Yat Keok Tet" (Satu kaki tendang semua )




       

Lokasi: Lorong Stewart

Kaki lima paling sempit *memang sempit

Jelas sekali, lorong ini kurang dari lima kaki..Kaki lima Hotel Wai Hai dikatakan adalah yang tersempit di Pulau Pinang.


Kung Fu Girl!

Mural yang paling besarrrr..orang kalau tak jumpa jugak tak tahulah nak cakap apa.


Ni magic sikit.. Mula2 ada kereta kan..? Now you see it....



tadaaa...now you don't....how? akulah alihkan kereta tuh..petik jari jelah weh.lol.. actually aku tengah membebel knapalah org pergi parking kat tempat yang tak sepatutnya then out of sudden tuan empunya kereta keluar dari kedai , alihkan ke belakang sikit...hoho..agaknya dia dengarlah kod segala bebelan aku...malunyaa kita! ahaks! XD papepon, thanks for your consideration :)

Lokasi : Lebuh Muntri

Situasi Sama menang

Lebuh Muntri mengambil namanya daripada Orang Kaya Menteri iaitu nama gelaran kepada Ngah Ibrahim dari Larut, Perak.



Lokasi : Lebuh Leith/ Lebuh Muntri

Jimmy Choo
Di sinilah pereka kasut terkenal, Jimmy Choo telah memulakan latihan perantisan beliau. 



Last...dekat sangat dengan tempat penginapan kitorg! Lain masa rene update about the whole penang okay! :)





No comments: